Rakyat Palestin merempat di negara sendiri.
Wahai umat islam marilah berjihad. Kata mujahid di dalam vidoe ini. Adakah kita sebagai manusia hanya melihat, mendengar tetapi tulikan telinga tanpa milihat dengan mata hati kita. Tidak semestinya berjihad pergi ke palestin tetapi tiada salahnya jika kita mampu untuk ke sana bersama-sama menegakkan keadilan palestin. Apa yang termampu kita lakukan adalah berjihad memerangi barangan israel laknatullah. Itu adalah sebagai tanggungjawab kita sebagai umat islam dalam melumpuhkan ekonomi israel. Ya sememangnya rakyat Malaysia bermurah hati menderma sumbangan ke Palestin. Tetapi itu tidak mampu menghalang daripada Israel terus membunuh anak-anak palestin. Tidakkah kita berasa bersalah kita menderma sumbangan tetapi dalam masa yang sama kita menghancurkan sumbangan itu. Ketahuilah kalian bahawa barangan israel yang dibeli oleh kita akan dibeli bahan letupan bagi menghapuskan keturunan dan mujahid palestin. Kita telah tertipu oleh kaum yahudi.
Titipkanlah doa selepas solat kepada Rakyat Palestin.
Ya Allah Rahman, Ya Rahim, Ya Kuddus, Ya Sallam, selamatkanlah bumi palestin dari kekejaman Zionis dan berikanlah balasan yang setimpal mereka lakukan pada rakyat palestin. Hancurkan segala usaha mereka Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin..
No comments:
Post a Comment